Wednesday, May 23, 2012

Sunday, April 3, 2011

~~ reNungaN ~~


Jika kamu memancing ikan,  setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya... janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirya kamu kecewa meninggalkannya.. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu.. Mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.. menyayangimu, mengasihimu.. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.. Terlalu mengejar kesempurnaan.. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...

Monday, March 28, 2011

~~ TaNda-taNda kEkasih CuRaNG ~~


PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.
Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:
 
cara ni memang cukup mudah jika ingin tahu kekasih kita curang,
tapi aku belum boleh jamin 100% la.
tips ni aku cuma kasih tanda-tanda kat korang je ok.


1. cuba korang ajak kekasih korang tu keluar jalan-jalan. kalau dia tak nak, korang paksa je. kalau dia tak nak jugak. itu sudah boleh jadi tanda-tanda yang dia ada pasangan lain, kot-kot dia takut kalau-kalau di nampak pasangan yang lagi satu.
2. dia ni memang selalu keluar sana sini, bila korang ajak dia keluar sama-sama, dia tak nak. itu pun jugak tanda-tanda yang dia ada pasangan lain
3. kalau si dia lambat reply meseg. itu pun boleh jadi jugak

4. kalau si dia macam malas nak layan korang, itu jugak boleh jadi kalau dia ni antara bosan atau dah ada yang lain
5.cuba korang pandang mata dia, korang tanya kat dia soalan-soalan tentang curang ataupun sayang kat korang atau tak. kalau dia jawap mata tak pandang mata korang atau lari-lari dari pandangan mata, faham-faham saja la yang dia tipu. percaya la


**hahahaha..... 
**Ayat-ayat bawah  ni fakta yang aku kaji dekat semua sumber yang boleh dipercayai.......

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.


Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.


Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda


Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain. 

Friday, March 18, 2011

~~ Segengam Tabah ~~



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Thursday, March 17, 2011

~~ Duhai Hati ~~

                                                                                                    
 Duhai hati,
Mengapa engkau bersedih?
Mengapa engkau berduka lara?
Mengapa engkau menangis?

Duhai hati,
Apakah yg membelenggu dikau?
Apakah yg membuatkan engkau termenung?
Apakah yg engkau fikirkan?

Duhai hati,
Sabarlah dikau atas semua yg terjadi terhadapmu,
Sabarlah dikau menempuh segala dugaan ini,
Sabarlah dikau dgn setiap apa yg berlaku.

Kerana wahai hati,
Allah telah menentukan apa yg terbaek utk hamba-hamba Nya,
Dan Allah tidak akan sesekali menganiaya hamba-hamba Nya,
Kerana Allah Maha Penyayang.

Jangan wahai hati,
Jangan engkau sesekali menyalahkan takdir atas semua yg berlaku,
Jangan engkau terus-terusan begini,
Kerana Allah tidak menyukai nya.

Tetapi wahai hati,
Bangkitlah engkau drpd kesedihan ini,
Bangkitlah engkau drpd kesulitan ini,
Bangkitlah engkau drpd kesengsaraan ini.

Berdoalah wahai hati,
Agar engkau tenang,
Agar engkau kembali bersemangat,
Agar engkau terus maju ke hadapan.

Sunday, March 13, 2011

~~ AWAK....SAYA SAYANG AWAK... ~~


KeNapa Saya SayaNg awaK :-
  • sbab awak sayang saya
  • awak baik dengan saya
  • awak slalu wat saya geram
  • awak comey
  • awak slalu ade bila saya perlukan seseorg untuk mndengar kata hati saya
  • awak wat sy jdi lebih penyabar..welk...
  • awak ade lips sexy..hahaha
  • awk bucukkkkk...hahaha
  • sya rsa selesa dengan awak
  • lillahitaala....

SayaNg...

CiNta saya haNya uNtuK awaK...

Setiap NafaS saya haNya uNtuK awaK...

SeBelum Mata D pejaM awaK teRakHiR D iNgataN saya...

Saat paGi meNjelMa awaK Dahulu D fiKiRaN saya...

SihatKaH awaK ???

Dah MakaNkaH... ???

SaRatnya Rasa riNDu D HAti iNi...

iNgiN saja saya beRLaRi daN memeLuk Diri awaK...

Tapi saya taK maMpU...

DalaMnya SayaNg saya uNtuK awaK... 





~~ inikah yang namanya cinta… ~~

Inikah rasanya bila ku sedang jatuh cinta, 
Setiap hela nafas bahagia, 
Mengenal hatimu hadirkan indahnya dunia, 
Kau bawa irama cinta dijiwa.
Semua yang ku mau hanyalah dirimu satu, 
Kaulah jawaban semua do’a, Semua yang kurasa rindu dalam rasa,
 Didekap cinta hatiku untukmu.
Haruskah diriku bertanya pada bintang-bintang, 
Pantaskahku mengharap cintanya, Semua yang kumau hanyalah dirimu satu,
 Kaulah pelita didalam jiwa.
Semua yang kurasa rindu dalam rasa, Didekap cinta hatiku untukmu,
 Hanyalah untukmu...!!!

Friday, March 11, 2011

~~SayaNg = CemBuRu... ???~~



cemburu tanda sayang
cemburu adalah suatu naluri manusia yg memg sgt sukar untuk dibendung.
menurut ak, cemburu itu tanda sayang. kerana kite tanak tgk org yg kte sayang buat bende yg akn buat kte rase cemburu. mungkin perempuan lebeh kuat cemburu drpd laki, sbb perasaan org perempuan neh lebeh peka dr lelaki. ape pon, cemburu itu pasti ade pade setiap manusie. tp, y baeknyea ialah cemburu yg positif dan kita saling memahami perasaan pasangan kte denagn memberi pengertian. ak ade byk pengalamn cemburu. haha. biasalah, ak neh kuat cemburu actually. HAHA. cemburu itu kan tandenyea sayang, jike cemburunyea kuat, bermakne.? haha. abaikan. tp cemburu itu sgt wajar sbb kte tana kehilangan org y kte sayang. hoho. ble ak cemburu, ahh mulela rase mcm mcm. HAHA. mengom. ape y akn ak buat, ak akn wt bodo jea, cm tade pape blaku. ak perli kea. HAHA.  tenangkan pikiran kea, dga lagu kea. pleng senang, ak tido jelahh. lawak btol la cemburu neh. haha