Duhai hati,
Mengapa engkau bersedih?
Mengapa engkau berduka lara?
Mengapa engkau menangis?
Duhai hati,
Apakah yg membelenggu dikau?
Apakah yg membuatkan engkau termenung?
Apakah yg engkau fikirkan?
Duhai hati,
Sabarlah dikau atas semua yg terjadi terhadapmu,
Sabarlah dikau menempuh segala dugaan ini,
Sabarlah dikau dgn setiap apa yg berlaku.
Kerana wahai hati,
Allah telah menentukan apa yg terbaek utk hamba-hamba Nya,
Dan Allah tidak akan sesekali menganiaya hamba-hamba Nya,
Kerana Allah Maha Penyayang.
Jangan wahai hati,
Jangan engkau sesekali menyalahkan takdir atas semua yg berlaku,
Jangan engkau terus-terusan begini,
Kerana Allah tidak menyukai nya.
Tetapi wahai hati,
Bangkitlah engkau drpd kesedihan ini,
Bangkitlah engkau drpd kesulitan ini,
Bangkitlah engkau drpd kesengsaraan ini.
Berdoalah wahai hati,
Agar engkau tenang,
Agar engkau kembali bersemangat,
Agar engkau terus maju ke hadapan.


No comments:
Post a Comment